Project Your Company's Image

I am Halle.

I love Graphics.

I am Hallgrafix.

Our Products

WE ARE THE BEST

Hallgrafix Creative And Design menyediakan perkhidmatan seperti design, print dan digital publishing.

Anda boleh melayari online shop kami dan membuat tempahan pada produk yang anda inginkan.

Terdapat juga beberapa ready-designed template yang sangat menarik yang boleh dipilih untuk membantu dan menjimatkan masa anda.

Gallery-3

Printing

Kami menyediakan perkhidmatan design dan print untuk produk seperti Majalah Sekolah, Business Card, Bill Book, Kalendar, Kotak Cenderahati dan lain-lain.

Buat masa ini kami hanya mengambil tempahan design dan print/digital Majalah Sekolah sahaja. Untuk Business Card Public Gold, anda boleh pilih ready-designed template di Online Shop kami. Untuk jenis produk yang lain, anda boleh memilih ready-designed template yang telah disediakan. Kami akan menambah beberapa lagi template produk di online shop kami dari semasa ke semasa.

Sila klik LINK ini untuk dapatkan sebut harga bagi Majalah Sekolah. Isi dan hantar maklumat spesifikasi majalah sekolah anda dan kami akan emailkan sebut harga tersebut kepada anda dalam masa beberapa hari.

Digital

Kami menyediakan produk bagi kategori digital publication seperti Digital Magazines, Ebooks, Digital Wedding Album, Digital Family Album, Convert PDF file to Interaktif Flipbook dan lain-lain. Untuk jenis produk digital ini, anda hanya akan menerima file softcopy sama ada di hantar ke email, zip file, burn in CD or DVD atau dalam bentuk HTML. Tiada produk fizikal/hardcopy dihasilkan.

Klik LINK INI untuk melihat beberapa contoh majalah dan album dalam bentuk interaktif digital flipbook.

Google Apps

Kami juga menyediakan beberapa aplikasi yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play Store. Anda boleh terus ke Our Shop link untuk dapatkan link free download bagi aplikasi-aplikasi tersebut.

Kebanyakan aplikasi yang dibangunkan adalah di bawah kategori games, education, trivia dan sebagainya.

PG Business Card

Kami menyediakan perkhidmatan mencetak Business Card bagi Authorised Dealer Public Gold. Beberapa ready-designed template business card yang menarik boleh dipilih. Anda boleh terus ke Our Shop link untuk lebih variasi Public Gold Business Card design. Anda perlu mengisi maklumat pada borang yang disediakan di bahagian bawah produk yang anda telah pilih.

Tempahan Business Card Public Gold juga boleh dibuat di link Official Store kami di platform PGMALL kerana Hallgrafix juga merupakan Seller dan mempunyai Store di PGMALL.

Previous Projects

Folder Sijil Latihan FITEC

Folder Sijil untuk Jabatan Latihan FIT Center Sdn Bhd ini merupakan percetakan untuk kali yang ke-empat. Kami menggunakan material gloss art card paper yang berkualiti, tebal dan gloss lamination sebagai finishing. Selain printing, folder ini akan melalui proses die-cutting dan tambahan creasing line untuk memudahkan proses lipatan pada folder.

Flyers FFTC FITEC

2,000 pcs flyers untuk Jabatan FFTC di FIT Center Sdn Bhd telah dicetak menggunakan material 128gsm art paper dan mempunyai 2-fold sebagai proses finishing pilihan. Material 128gsm art paper merupakan best seller bagi jenis paper untuk cetakan flyers/brochures.

Buku Adat Istiadat Tradisi Kesultanan Perak

Buku Adat Kesultanan Perak ini merupakan projek design sahaja. Saya telah mengambil alih proses design bahagian halaman dalam buku tersebut. Buku setebal 960 muka surat itu menceritakan berkenaan sejarah negeri, tradisi, adat istiadat dan salasilah Kesultanan Perak telah dilancarkan pada 10 Ogos 2019 yang lalu di Hotel Syuen Ipoh oleh Sultan Perak sendiri. Boleh rujuk di LINK INI untuk berita penuh.

Buku ini sudah dicetak sebanyak 500 salinan dan dijual pada harga RM399. Sesiapa yang ini memiliki buku ini boleh terus menghubungi penulis buku, Dr Adib Vincent Tung Abdullah di email adibtung@gmail.com.

Buku Peraturan Disiplin dan Tindakan Sekolah

Buku Peraturan Disiplin dan Tindakan Sekolah ini merupakan cetakan wajib setiap tahun untuk kemasukan murid-murid yang baru ke sekolah. Menggunakan gloss art card yang tebal dan tambahan gloss lamination untuk kulit buku. Halaman dalam menggunakan simili paper cetakan hitam putih sahaja. Ketebalan 40 muka surat dengan kemasan staple binding.

Get in touch with us

Find us

HALLGRAFIX CREATIVE AND DESIGN (AC0002640-U) is located in Sitiawan, Perak. We offer print/digital products and services to our valued customers. Customer can visit our online shop to place their orders or to make enquiries.

Wanna tell us what you think of our products and services?

Just email us. We value your feedback as we aim to provide the best customer service to you.

Business Hours: Monday to Thursday | 10 am to 4 pm
Closed: Friday, Saturday, Sunday & Public Holiday

Contact us




0