Previous Projects

Majalah Sekolah SINAR 2019

Majalah sekolah SINAR 2019 SMK Aminuddin Baki, Chemor telah siap dihantar pada 26hb Disember 2019 yang lalu. Berketebalan 130 muka surat termasuk 24 muka surat halaman berwarna dengan percetakan sebanyak 1,000 naskhah. Matte Laminate finishing pada cover majalah dengan tambahan spot-uv menjadikan effect emboss dan glowing pada image dan text tampak lebih menarik.

SMK Aminuddin Baki telah memberi kepercayaan kepada Hallgrafix bagi merekabentuk dan mencetak majalah sekolah mereka sejak 2013. Insyaallah, tradisi ini akan diteruskan lagi untuk tahun 2020.

Folder Sijil Latihan FITEC

Folder Sijil untuk Jabatan Latihan FIT Center Sdn Bhd ini merupakan percetakan untuk kali yang ke-empat. Kami menggunakan material gloss art card paper yang berkualiti, tebal dan gloss lamination sebagai finishing. Selain printing, folder ini akan melalui proses die-cutting dan tambahan creasing line untuk memudahkan proses lipatan pada folder.

Flyers FFTC FITEC

2,000 pcs flyers untuk Jabatan FFTC di FIT Center Sdn Bhd telah dicetak menggunakan material 128gsm art paper dan mempunyai 2-fold sebagai proses finishing pilihan. Material 128gsm art paper merupakan best seller bagi jenis paper untuk cetakan flyers/brochures.

Buku Adat Istiadat Tradisi Kesultanan Perak

Buku Adat Kesultanan Perak ini merupakan projek design sahaja. Saya telah mengambil alih proses design bahagian halaman dalam buku tersebut. Buku setebal 960 muka surat itu menceritakan berkenaan sejarah negeri, tradisi, adat istiadat dan salasilah Kesultanan Perak telah dilancarkan pada 10 Ogos 2019 yang lalu di Hotel Syuen Ipoh oleh Sultan Perak sendiri. Boleh rujuk di LINK INI untuk berita penuh.

Buku ini sudah dicetak sebanyak 500 salinan dan dijual pada harga RM399. Sesiapa yang ini memiliki buku ini boleh terus menghubungi penulis buku, Dr Adib Vincent Tung Abdullah di email adibtung@gmail.com.

Buku Peraturan Disiplin dan Tindakan Sekolah

Buku Peraturan Disiplin dan Tindakan Sekolah ini merupakan cetakan wajib setiap tahun untuk kemasukan murid-murid yang baru ke sekolah. Menggunakan gloss art card yang tebal dan tambahan gloss lamination untuk kulit buku. Halaman dalam menggunakan simili paper cetakan hitam putih sahaja. Ketebalan 40 muka surat dengan kemasan staple binding.